Program "Subsidi Beras Untuk Rakyat" yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Indsutri Asas Tani Malaysia bermula pada 1 Disember 2009 telah ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Program ini dijangka dapat mencapai matlamat seperti berikut :-
memastikan subsidi Kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar. Ini bermakna hak golongan miskin dikembalikan kepada mereka ; dan
mengehentikan penyelewangan bekalan beras subsidi ST15% dan sekali gus menutup ruang-ruang berlakunya ketirisan.
Satu majlis taklimat telah diadakan pada 12 Oktober 2009 telah dihadiri oleh YB. Mohd. Tajudin bin Abdullah bertujuan untuk menjelaskan kaedah perlaksanaan baucar dan peranan setiap Pengerusi dan Urusetia MPPP.
Seramai 225 nama pemohon baru dan lebih kurang 1500 nama dari senarai E-Kasih yang telah disahkan diperingkat MPPP Sik dan dihantar ke Kementerian Pertanian. Jumlah tersebut merupakan jumlah awal dan masih ada lagi baki yang akan dihantar segera.