Projek Industri Asas Tani Sik Kedah Darul Aman

    Daerah Sik telah dipilih sebagai Projek Perintis Asas Tani di Malaysia. Pelaksanaan projek bermula tahun 2004 dan dikendalikan oleh MOA Incorporated iaitu penggemblengan seluruh pemikiran, tenaga dan sumber dari semua jabatan dibawah Kementerian Petanian dan Industri Asas Tani Malaysia serta disokong penuh oleh Kerajaan Negeri Kedah Daulaman.

    MATLAMAT PROJEK

    Meningkatkan pendapatan bulanan peladang/ penternak kepada RM 1000 keatas menerusi projek-projek pengeluaran makanan dan Industri Asas Tani.

    Memindahkan teknologi pertanian terkini kepada peladang dan penternak.

    PESERTA PROJEK

    Daerah Sik mempunyai seramai 59,556 orang penduduk terdiri daripada 29,838 orang wanita. Daripada bancian yang dijalankan pada tahun 2004 didapati 376 keluarga berada dalam kumpulan pendapatan kurang RM 1000 sebulan dan dikategorikan sebagai golongan dan termiskin. Daripada jumlah ini, 38 orang dikeluarkan kerana telah lanjut usia. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan tarf pendapatan golongan miskin dan termiskin, seramai 338 oarang yang berada dalam kategori miskin dan termiskin telah dipilih sebagai peserta projek.

Strategi Pelaksanaan

PEMBANGUNAN MANUSIA

"Melihat itu Meyakinkan"(seeing is believing)- mendedahkan para peserta kepada kemajuan dan kejayaan individu, kelompok dan masyarakat melalui lawatan pendedahan bagi meningkatkan keyakinan mereka terhadap bedang pertanian yang diceburi.

" Mengajar Dengan Membimbing" ( Teach by showing)-para peserta ditempatkan secara 'attachment' kepada peladang yang berjaya untuk menjadi pemimbing.

"Belajar Dengan Melakukan" ( Learn by doing)- para peserta dilatih untuk melakukan sendiri aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam projek dan dengan cara ini peserta akan mendapat 'experiential learning'.

PEMBANGUNAN KAWASAN

  • Menyediakan keperluan infrastruktur bagi menyokong projek-projek yang dilaksanakan.
  • Mengenalpasti kesesuaian projek mengikut komuniti yang berdaya maju.
  • Mewujudkan jawatankuasa penyelarasan, pemantauan dan teknikal projek.

PENGURUSAN PROJEK

Projek Industri Asas Tani diuruskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang sebagai 'Lead agency'. Jabatan lain yang terlibat ialah Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, MARDI dan FAMA.

Jawatankuasa Pengurusan Projek terdiri daripada:

  • Jawatankuasa Pemandu Projek IAT Sik Peringkat Kementerian Pertanian yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.
  • Jawatankuasa Penyelaras Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar.
  • Jawatankuasa Perlaksana Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai