Wednesday, July 21, 2010

Majlis Perjumpaan YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani di Ladang Anggur Tasik Beris, Sik , Kedah

Pada 19 Julai 2010 yang lalu telah berlangsungnya majlis perjumpaan YB. Dato' Seri Noh bin Hj Omar , Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Ladang Anggur Tasik Beris, Sik, Kedah. Antara jemputan yang hadir terdiri daripada Pengerusi FAMA, Y.Bhg. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin, Ketua Pengarah LPP, Tuan Haji Arpan Shah bin Satu , Pegawai Daerah Sik, Ketua-ketua  pengarah jabatan di bawah MoA Inc, Pengarah Negeri dan pegawai jabatan di peringkat daerah.

Y.B. Mohd. Tajudin bin Abdullah , Pengerusi MPPP Sik selaku tuan rumah telah  memberikan ucapan aluan. Antara isi kandungan ucapannya, beliau memohon pihak Kementerian mempertimbangkan perkara tersebut :-
i. sebuah pusat pengumpulan hasil Industri Asas Tani (IAT)
ii. sebuah pusat pengumpulan madu lebah (honey house)
iii. kawasan Tasik Beris dibangunkan sebagai kawasan Agro-tourism
iv. program Mini MAHA diadakan di Daerah Sik
v. sebuah pusat R&D bagi produk IAT
vi. diteruskan projek IAT di daerah Sik dalam RMk-10

Seterusnya di dalam ucapan Y.B. Dato' Seri Noh bin Haji Omar, beliau telah membuka sesi dialog dengan rakyat setempat. Beberapa masalah telah diutarakan kepada beliau dan penyelesaian telah dapat dicapai ketika itu juga. Antara masalah yang diajukan oleh penduduk adalah seperti berikut :

i. Masalah permohonan jambatan (lintasan jentuai) Kg. Belimbing, Sik. Ketua unit telah banyak kali membuat permohonan  pada JPS Daerah Sik, namun disebabkan peruntukan yang tidak mencukupi maka permohonan tersebut tidak dapat dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, Y.B. Dato' Seri telah meluluskan sebanyak RM300,000 bagi menyediakan jambatan di Kg. Belimbing.

ii. Masalah makhluk perosak di kawasan pertanian. Pihak Jabatan Pertanian  akan memastikan masalah tersebut dapat diselesaikan dengan bantuan Mergastua.

iii. Masalah hutang projek ayam telur yang telah berpanjangan sejak 25 tahun yang lalu. Y.B. Dato' Seri mengarahkan semua geran-geran tanah peserta dikembalikan dan hutang peserta dengan AGROBank dilupuskan. Segala tindakan pihak AGROBank selanjutnya akan ditentukan kemudian.

Didalam ucapannya, beliau juga mengharapkan pihak jabatan kerajaan memainkan peranan yang lebih baik bagi memastikan rakyat mendapat keselesaan.  

Di dalam majlis itu juga, Y.B. Dato' Seri telah menyampaikan sijil projek pertanian dan watikah  kepada ahli MPPP Sik. Seterusnya beliau juga telah melancarkan Blog MPPP Sik ini. Blog ini merupakan blog pertama yang diwujudkan oleh Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP).








Sunday, July 18, 2010

Tinjauan Penyudah Ke Tapak Lawatan Kerja Menteri








Friday, July 16, 2010

Mesyuarat Akhir Sambutan Lawatan Kerja Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani


Hari ini pihak urusetia Majlis Sambutan telah mengadakan mesyuarat terakhir mereka di Excel Agrotech, pemilik ladang anggur yang terletak di gigi salah sebuah tasik buatan di Kawasan tadahan air Empangan Beris. Encik Mazlan telah di beri tanggungjawab sebgai peneraju utama untuk merealisasikan program lawatan kerja Menteri ini.






Mereka yang terlibat dalam program berkenaan sedang bermesyuarat.

Jalan Masuk

Tapak Utama

Semau agensi terlibat hadir



Wednesday, July 14, 2010

Lawatan Ke Projek Udang Galah & Projek Cili Fertigasi






Wednesday, June 2, 2010

MESYUARAT SUSULAN MPPPSIK BERSAMA NCER DAN LAIN-LAIN AGENSI


Tuesday, June 1, 2010

MESYUARAT KHAS MAJLIS PEEMBANGUNAN PERTANIAN PARLIMEN SIK

01/06/2010

Mesyuarat bermula pada pukul 10.30 pagi dengan Mini MAHA sebagai agenda utama.  Pihak kami berhasrat untuk mengadakan pameran mini berkaitan asas-asas pertanian atau lebih di kenali sebagai Pameran Mini MAHA 2010 Peringkat Parlimen Sik.  Mesyuarat telah di pengerusikan oleh YB Mohd Tajudin Abdullah, Pengerusi MPPPS.

Wednesday, May 5, 2010

Carta Organisasi MPPP Sik

Projek Industri Asas Tani Sik Kedah Darul Aman

    Daerah Sik telah dipilih sebagai Projek Perintis Asas Tani di Malaysia. Pelaksanaan projek bermula tahun 2004 dan dikendalikan oleh MOA Incorporated iaitu penggemblengan seluruh pemikiran, tenaga dan sumber dari semua jabatan dibawah Kementerian Petanian dan Industri Asas Tani Malaysia serta disokong penuh oleh Kerajaan Negeri Kedah Daulaman.

    MATLAMAT PROJEK

    Meningkatkan pendapatan bulanan peladang/ penternak kepada RM 1000 keatas menerusi projek-projek pengeluaran makanan dan Industri Asas Tani.

    Memindahkan teknologi pertanian terkini kepada peladang dan penternak.

    PESERTA PROJEK

    Daerah Sik mempunyai seramai 59,556 orang penduduk terdiri daripada 29,838 orang wanita. Daripada bancian yang dijalankan pada tahun 2004 didapati 376 keluarga berada dalam kumpulan pendapatan kurang RM 1000 sebulan dan dikategorikan sebagai golongan dan termiskin. Daripada jumlah ini, 38 orang dikeluarkan kerana telah lanjut usia. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan tarf pendapatan golongan miskin dan termiskin, seramai 338 oarang yang berada dalam kategori miskin dan termiskin telah dipilih sebagai peserta projek.

Strategi Pelaksanaan

PEMBANGUNAN MANUSIA

"Melihat itu Meyakinkan"(seeing is believing)- mendedahkan para peserta kepada kemajuan dan kejayaan individu, kelompok dan masyarakat melalui lawatan pendedahan bagi meningkatkan keyakinan mereka terhadap bedang pertanian yang diceburi.

" Mengajar Dengan Membimbing" ( Teach by showing)-para peserta ditempatkan secara 'attachment' kepada peladang yang berjaya untuk menjadi pemimbing.

"Belajar Dengan Melakukan" ( Learn by doing)- para peserta dilatih untuk melakukan sendiri aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam projek dan dengan cara ini peserta akan mendapat 'experiential learning'.

PEMBANGUNAN KAWASAN

  • Menyediakan keperluan infrastruktur bagi menyokong projek-projek yang dilaksanakan.
  • Mengenalpasti kesesuaian projek mengikut komuniti yang berdaya maju.
  • Mewujudkan jawatankuasa penyelarasan, pemantauan dan teknikal projek.

PENGURUSAN PROJEK

Projek Industri Asas Tani diuruskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang sebagai 'Lead agency'. Jabatan lain yang terlibat ialah Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, MARDI dan FAMA.

Jawatankuasa Pengurusan Projek terdiri daripada:

  • Jawatankuasa Pemandu Projek IAT Sik Peringkat Kementerian Pertanian yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.
  • Jawatankuasa Penyelaras Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar.
  • Jawatankuasa Perlaksana Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai