Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah menyediakan perunutkan bagi melaksanakan projek-projek kecil pertanian di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) berjumlah RM100,000 bagi setiap kawasan parlimen. Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada jabatan agensi yang telah dipertanggungjawabkan sebagai urusetia kepada MPPP iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
Untuk makluman, bagi melaksanakan projek-projek pertanian yang dirancang di bawah MPPP tersebut, peraturan dan prosedur kewangan yang berkuatkuasa pada masa ini perlu dipatuhi sepenuhnya termasuk kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:-
- Projek hendaklah dilaksanakan oleh jabatan / agensi di bawah Kementerian yang beroperasi di kawasan Parlimen dan peruntukan disalurkan melalui jabatan/agensi berkenaan;
- Perancangan program hendaklah dibuat dengan teliti dengan mengambilkira beberapa aspek penting termasuk kepentingan rakyat, kumpulan sasar, teknologi pengeluaran yang akan digunakan , saluran pemasaran dan keupayaan jabatan/ agensi yang terlibat;
- Penentuan kumpulan sasar perlulah jelas bagi mengelakkan berlakunya pertindihan projek antara Kementerian / Jabatan/ Agensi Kerajaan yang lain; dan
- Pemantauan secara berterusan oleh MOA melalui penubuhan jawatankuasa khusus bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program tersebut.
Bagi kawasan Parlimen Sik, peruntukan sebanyak RM100,000 tersebut telah disalurkan kepada 5 buah projek-projek pertanian. Pertubuhan Peladang Kawasan Sik selaku Urusetia bersama-sama jabatan teknikal yang lain memainkan peranan penting dalam menjayakan kelima-lima buah projek tersebut. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut :-
- Projek Ternakan Kambing - RM25,000
- Projek Tanaman Pisang - RM10,000
- Projek Ternakan Lembu - RM40,000
- Projek Pemprosesan Makanan Burung - RM10,000
- Projek Ternakan Lembu - RM15,000
Kelima-lima projek tersebut sedang berjalan dengan baik dan majlis penyerahan projek akan diadakan tidak lama lagi melibatkan YB Mohd. Tajuddin bin Abdullah selaku ADUN Belantik dan Pengerusi MPPP Sik.
0 comments:
Post a Comment